Jangan Sesekali Membuat Andaian Sendiri Tanpa Kepastian yang Pasti
Tadi...

Saya tersalah sangka dan menyebabkan kerugian sebanyak 30 minit masa saya, ibu dan abang saya.

Ceritanya begini:

Pada suatu ketika, mak saya ajak pulang ke kampung.

Jadi, saya dengan rela hati ikut sekali sebab niat sekadar nak teman mak saya.

Keesokan harinya.

Ketika sedang bersiap-siap dan menunggu mak saya bersiap.

Abang saya pun kemas bag.

Dan saya ingat abang saya kemas beg sebab nak duduk di rumah kawannya.

Lalu, bila semua dah bersedia dan ketika dalam perjalanan saya terfikir, kenapa abang saya tak pergi ke rumah kawannya?

Kenapa abang saya terus memandu kereta sehingga 5KM dan sudah lepas jalan ke rumah kawannya.

Dan sesampailah di satu perhentian, saya tanya balik mak saya dan rupa-rupanya abang saya ikut sekali.

Jadi, saya pun buat keputusan nak tinggal di rumah.

Dan sekarang saya di rumah sedang menaip artikel ini kepada anda.

Daripada Penulis

Sudah menjadi kebiasaan manusia suka membut andaian. Sama ada yang baik mahupun negatif.

Mungkin kita nak mula bisnes baru di sekian kawasan.

Dan tiba-tiba kita membuat andaian nanti rugilah, nanti tiada siapa nak belilah.

... Dan macam-macam lagi.

Mungkin kita nak tulis artikel sebegini dan terima kritikan yang negatif ataupun positif.

Walau apa pun, andaian tetap andaian.

Ia sekadar teori semata-mata. Maksudnya, berkemungkinan besar kita akan salah atau betul.

50/50.

Jadi, pengajaran terbesar yang saya pelajari hari ini ialah sentiasa dapatkan kepastian yang terkini dengan TANYA.

Bukan semalam punya seperti apa yang berlaku kepada saya.

Mungkin hari ini beli saham A rugi, tapi mana tahu saham A esok untung.

Betul-betul?

Have fun. :)

Sumber gambar.

Sebuah gambar yang tertulis, "I've failed over and ovver and that is why I succed." Kata Michael Jordan.
Saya nak bagi tahu satu rahsia:

Sebenarnnya, saya takut. Saya takut apa orang kata kalau saya update status di Facebook.

Saya takut kalau status saya tak capai standard kawan-kawan saya di Facebook, sebab semua kawan-kawan saya hebat-hebat berlaka.

Jadi, saya ada 2 pilihan: Update status yang hebat atau jangan update status.

Sudah tentu saya pilih jangan update status.

Dan lama-kelamaan, saya belajar dan belajar lagi sesampailah saya terjumpa satu idea tentang "It's OK if we fail."

Ha?

Izinkan saya terangkan.

Bagaimana untuk Bebas Dari Takut Gagal

Dalam satu seminar (100 Seminar), Tuan Gary Bencivenga kata:

"It's OK if we fail. No need to fear or disappointment."

Maksudnya apa? Maksudnya, kalau kita tiba-tiba ter-gagal atau terbuat silap, ia tidak mengapa.

Tidak perlu takut, tidak perlu risau. Tidak perlu hina dan pandang rendah pada diri sendiri.

Apa yang penting, kita akan tahu yang kita akan gagal.

Orang yang berjaya dia tahu yang dia akan gagal. Apabila kita berfikir begitu, kita akan berasa lebih mudah untuk atasi kegagalan tersebut sebab kita sudah menjangkakannya.

Jadi, tidak mengapa kalau kita gagal atau buat silap.

Brian Tracy kata:

"70% in our life is full of mistake."

Dari kecil sehingga besar, kita diajar buat silap tak boleh diterima. Kalau buat silap akan didenda. Salah sikit, kena marah. Kalau silap sikit, kena pukul. Lalu bila besar kita takut mencuba, sebab takut buat silap.

Kenapa takut buat silap? Sebab takut didenda.

Dalam minda separa sedar kita sudah disetkan begini:

Buat silap = Tak bagus = Kena denda (Rasa Negatif).

Siapa suka rasa negatif, bukan?

Jadi, untuk elakkan rasa negatif janganlah mencuba.

Berbeza pula dengan orang berjaya:

Buat silap = Bagus = Boleh belajar daripada kesilapan.

Lagi banyak mereka berusaha, lagi banyak pengalaman mereka dapat, lagi cepat mereka berjaya.

Jadi, ia tidak mengapa kalau kita buat silap. Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan.

Daripada Penulis

Sebenarnya, perkataan KEGAGALAN tidak wujud dalam realiti.

Ia hanya wujud dalam minda kita sendiri, bukan?

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya dulu rajin edit blog. Dari pagi sampai malam, sesampailah mahir mengedit blog.

Padahal masa mula-mula edit blog memang banyak buat silap. Tapi pelik sebab saya tak nak mengaku kalah.

Rupa-rupanya saya tak nak mengaku kalah sebab saya tak rasa yang saya buat silap.

Sebab masa itu saya percaya perkataan KEGAGALAN itu tidak wujud. Jadi, saya terus cuba dan mencuba. Sampai satu tahap saya boleh buat duit dengan edit blog.

PS: Orang yang hebat pun buat silap!

Kredit gambar.

Give it away!
Ketika itu, saya sedang baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! karya Dr. Joe Vitale.

(Bukunya memang seronok, sungguh berinspirasi dan amat mudah untuk difahami.)

Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang saya buka dompet. Ambil RM 5 terus beri kepada kakak saya ketika itu sedang masak magi di dapur.

Lalu kakak ku ucapkan terima kasih.

Dia pun pelik, saya lagi pelik.

Magi sudah siap, makan sambil membaca buku Dr. Joe Vitale.

Selepas beberapa minit, saya buka Facebook untuk lihat apa yang terbaru.

Tiba-tiba ada orang PM saya, "Salam Tuan Danial, ada buat servis blog ye?"

Saya pun balas, "Wasalam ,ada :)"

Bincang dan bincang sehinggalah beliau terus bayar servis saya tanpa buat kerja dahulu. Terkejut dibuatnya.

(Saya selalu buat kerja dahulu baru bayar.)

Tak sangka saya dapat pulangan yang sangat cepat dan mudah.

Tetapi bagaimana saya boleh buat begitu? Apakah rahsianya? Kalau saya tahu rahsianya, mesti saya boleh buat lagi.

Rahsia Disebalik Memberi

Apabila saya sudah baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! barulah saya faham kenapa saya dapat duit dengan mudah.

Kuncinya: Kalau kita nak duit, beri duit.

Dan kunci memberi ialah: Jangan TERLALU mengharapkan pulangan selepas memberi.

Itulah saya suka buat dahulu. Selepas sedekah di Masjid, saya selalu fikir bila saya akan dapat balik duit yang saya sedekah itu.

Kalau saya berfikir begitu, itu namanya bukan memberi tapi melabur. Kalau nak melabur jangan memberi.

Ia dua perkataan yang berbeza maksudnya. Apabila kita memberi, niat utama adalah untuk membantu. Memberi bantuan dengan ikhlas yakni pemberian yang langsung tidak mengharapkan balasan.

Itulah baru maksud memberi yang sebenar.

Memberi yang sebenar = Memberi tanpa mengharapkan balasan.

Bahagian Paling Penting Ialah...

Perasaan kita SEMASA memberi.

Maksud saya ialah: Semasa kita nak memberi itu, apa yang kita rasa? Rasa terpaksa? Rasa tak cukup duit? Rasa nanti duit habis? Rasa risau? Atau rasa seronok?

Andai perasaan kita semasa nak memberi negatif yakni rasa tak cukup duit, terpaksa dan seumpama dengannya, maka jangan memberi langsung.

Sebab pemberian tersebut tak ikhlas, lebih jelas: Tak ikhlas nak membantu betul-betul.

Jadi, memberi apabila kita rasa betul-betul seronok dah ikhlas.

Kenapa saya beri RM 5 dapat balik RM 50 kurang 30 minit? Sebab semasa saya beri RM 5 kepada kakak saya, hati saya sangat gembira.

Itulah rahsianya. :)

Nota: Saya bukan nak menunjuk yang saya ini hebat atau sebagainya. Niat saya hanyalah untuk berkongsi agar kita lebih berinspirasi untuk memberi lebih banyak.

Daripada Penulis

Allah itu maha adil. Kita beri dengan hati yang ikhlas, dapat pulangan yang ikhlas.

Kita beri dengan hati yang terpaksa, dapat pulangan yang terpaksa.

Dan dunia ini penuh dengan keberkatan yang berlimpahan (Abundance).

Duit kita tidak akan habis kalau beri segala-galanya yang kita ada.

Kalau tak percaya, baca buku The Greatest Money-Making Secret in History!

Barulah anda akan faham.

Download di sini (100% Percuma): The Greatest Money-Making Secret in History!

Have fun. :-)


Kamu kena sedar kamu siapa.
Hampir. Setiap hari.

Berangan-angan nak hidup kaya dan berjaya. Tetapi, masalahnya: Tidak mahu bayar harga untuk hidup kaya dan berjaya.

Kita kena sedar kita di mana sekarang. Kita kena sedar siapa diri kita sekarang sebelum terlambat.

Saya sedar saya tak pandai dalam pendidikan formal. Saya gagal dalam Add Math dan Sains Pertanian. Dan saya tak mahu sambung belajar sebab bagi saya ia tidak sesuai.

Dan apabila saya sedar saya di mana. Saya sedar saya seorang yang gagal. Saya sedar saya tidak boleh hidup macam orang lain.

Belajar tinggi-tinggi, minta kerja. Tunggu 2 atau 3 tahun, baru dapat kerja yang sesuai. Kalau tidak, terpaksalah menganggur di rumah.

Jadi, saya kena kerja 2 kali ganda daripada orang biasa untuk capai tahap bebas kewangan, bebas bebanan kewangan dan bebas daripada pilihan yang terhad.

Sekarang, bukan sijil penentu masa depan.

Bukan straigt A yang segala-galanya. Apa yang segala-galanya sekarang ialah mindset.

Mindset kaya = Hidup kaya.

Mindset miskin = Hidup miskin.

Saya tak tahu macam mana nak ubah mindset rakyat Malaysia jadi mindset kaya. Sebab setiap hari dari pagi sampailah ke malam.

Berulang-ulang kali sehinggalah hari tua. Kita kena program dengan KEPERCAYAAN NEGATIF.

Tanpa henti. Sehinggalah nafas terakhir.

Tetapi, hanya orang yang benar-benar mempunyai KEINGINAN yang MEMBERA se-membara MATAHARI yang nak kaya akan kaya.

Kenapa? Sebab KEINGINAN adalah penentu hidup kita. Dan KEINGINAN adalah titik perubahan hidup seseorang itu.

Inilah rahsia di dalam rahsia buku Think and Growh Rich.

Bukunya mengisahkan 500++ jutawan, multi-jutawan malah billionair bagaimana mereka jadi kaya dengan segera.

Berapa seegera? Kurang 24 jam.

Siapa yang pernah baca bukunya akan tahu.

Tetapi, rahsianya tetap KEINGINAN.

Daripada Penulis


Bak kata bijak pandai:

"If you want something, pay the price! If you can't pay the price, then you can't afford it!"

Semua orang nak hidup kaya dan berjaya. Semua orang nak hidup bahagia. Tetapi, apabila minta mereka 'bayar' harganya.

Tak ramai yang sanggup.

Oleh sebab itu gologan yang bebas kewangan adalah sedikit. Hanya 20% daripada jumlah penduduk di dunia ini (mengikut prinsip 80/20).

Tak mahal mana pun harganya. Dan tak susah manapun yang kita sangka. Nak jadi jutawan kurang 24 jam, tiru cara orang yang dah berjaya lakukan perkara tersebut dan lakukan lebih baik.

Itulah kunci untuk capai apa yang kita mahu.

Dan saya ucapkan terima kasih kerana sudi laburkan masa dan tenaga baca artikel ini. Saya hargai pelaburan anda.

Saya doakan anda sekeluarga bebas daripada kepercayaan negatif agar hidup lebih kaya, berjaya dan bahagia selalu.

3 Pengajaran Termahal Selepas 7 Bulan Bisnes
Pada pertengah tahun 2013, saya memulakan langkah pertama dengan membuat bisnes freelance.

Tanpa mentor.

Tanpa modal.

Dengan laptop, internet dan pengorbanan saya 2 tahun sebelum itu.

Pengorbanan apa? Pengorbanan sanggup ponteng sekolah. Memang kelakar bila difikirkan balik.

Masa mula-mula buat bisnes sendiri, tidak tahu apa yang penting apa yang tidak penting. Saya main hentam kromo sahaja.

Kesannya. Gagal 2 kali.

Maka, 3 pengajaran penting yang saya belajar daripada kegagalan tersebut.

Pertama: Niat Kena Betul

Buat bisnes sebab nak dapatkan duit tidak salah. Namun untuk permulaan, memang tidak digalakkan mempunyai niat sebegitu.

Kenapa? Sebab ia membuatkan diri kita cepat putus asa.

Minda akan kata, "Penat-penat buat bisnes, tapi dapat hasil ciput. Baik tak payah buat bisnes."

Hasilnya, 2 bulan pertama saya buat bisnes memang letih. Prestasi memang merudum. Tidak semangat nak buat bisnes.

Datang sekolah memang tidak ada mood. Memang negatif sangat ketika itu.

Lalu, saya refleksi diri balik. Kenapa saya suka sangat berasa letik dan cepat putus asa?

Jawapannya sebab niat tidak betul.

Saya perbetulkan niat. Buat bisnes sebab saya suka. Saya suka edit blog. Itulah passion saya selama ini.

Dan buat bisnes sebab nak bantu lebih ramai orang mempunyai blog yang kemas lagi disayangi Google.

Memang seronok sangat.

Pada bulan 12. Saya berjaya capai target jualan. Alhamdulillah. :)

Kedua: Kenali Pelanggan Sasaran

Kenapa ia sangat penting? Kalau tak kenal Pelanggan sasaran boleh menyebabkan bisnes kita merudum dan terus bankrup.

Oleh kerana apabila kita menjual kepada semua orang sebenarnya kita tidak menjual kepada sesiapa pun.

Maksudnya, tiada siapa yang sudi dengar tawaran kita.

"There is no one size fit all."

Contoh paling mudah ialah kita menjual boxer lelaki. Jadi siapa yang pakai boxer lelaki? Sudah tentulah orang lelaki bujang.

Kanak-kanak lelaki tak pakai boxer.

Bayi lelaki tak pakai boxer.

Orang perempuan tak pakai boxer. Ada ke? Itu abnormal.

Lagi terperinci kita kenal pelanggan sasaran, lagi mudah untuk kita menjual. Lantas bisnes kita semakin maju.

Ketiga: Harga Berpatutan

Bab harga memang sangat kritikal. Kalau kita main letak harga ikut suka hati memang bisnes lingkup.

Ia kena berpatutan dengan nilai produk atau servis yang ditawarkan.

Masa mula-mula saya buat bisnes, RM 30 adalah harga yang sangat murah. Dan pelangan merasakan ia servis yang tidak berkualiti.

Lalu, saya naikkan harganya jadi RM 50/blog. Ia harga biasa.

Lalu, saya naik lagi jadi RM 100/blog.

Ada yang kata mahal. Ada klien saya yang kata berpatutan dan berbaloi.

Yang kata mahal itu sebenarnya bukan pelanggan kita. Yang kata berbaloi pula ialah pelanggan sasaran kita.

Ingat, pastikan harga berbaloi dengan nilai yang kita tawarkan. Ini sangat penting.

Andai pelanggan masih lagi kata mahal, terangkan secara terperinci kenapa harganya begitu.

Daripada Penulis

Ada satu pengajaran emas yang saya dapat masa buat bisnes:

"The more you give, the more you get!" ~ Dr. Azizan Osman.

Ramai yang tak faham apa yang dimaksudkan dengan petikan beliau.

Maksudnya mudah: Kita bantu lagi ramai orang secara percuma, lagi ramai yang sudi buat bisnes dengan kita.

Contohnya: Kita bantu selesaikan masalah 1,000 pelanggan secara percuma, nescaya kita boleh jana RM 1,000 dengan mudah.

Itu untuk 1,000 pelanggan. Kalau 1 juta? Sudah tentu boleh jana RM 1 juta bukan? :)

Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. Dan saya doakan juga anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang diberkati Allah.

Aamiin ya Rabb.

PS: Berminat nak belajar strategi pemasaran internet yang berkesan? Klik sini: Rahsia Pemasaran Rahman Basri (100% percuma).

Sumber gambar.

Masalah dan penyelesaian.
Hari-hari, pasti kita menghadapi masalah. Tidak kiralah banyak, sedikit, besar atau kecil. Semua orang pasti akan menghadapinya.

Persoalannya ialah kenapa?

Kenapa masalah itu wujud?

Sebabnya adalah berpunca daripada diri sendiri. Ya, simpel lagi memudahkan. Semuanya kembali kepada diri sendiri. Diri sendiri yang menciptakan masalah dan diri sendiri sahaja yang mampu menyelesaikannya.

Orang lain sekadar dapat membantu sahaja. Selebihnya diri sendiri yang perlu ambil tindakan.

Persoalannya, kenapa majoriti mempunyai masalah kewangan? Salah satu sebab yang utama ialah tidak mempunyai kawalan nafsu.

Kerana nafsu, hidup binasa.

Selepas nafsu, kerana kekurangan ilmu kewangan dan seterusnya adalah kerana tidak mengamalkan ilmu kewangan yang ada di dalam diri.

Ramai yang tersekat pada bahagia nafsu dan aplikasikan ilmu kewangan. Ya, semua orang tahu menyimpan itu penting, tetapi kenapa masih lagi ramai yang susah sangat untuk menyimpan?

Jawapannya kembali kepada diri sendiri.

Kesan Dan Akibat Daripada Kesan

Saya suka formula ini: C & S (Consequences and Sequel). Diasaskan oleh Dr. Edward de Bono.

Apabila kita mahu membuat keputusan yang penting, guna formula ini.

Sebagai contoh, saya nak sambung belajar atau tidak? Dan ini adalah satu masalah pada diri saya sendiri. Andai tidak selesaikan sekarang, maka orang lain yang tolong tentukan hidup saya.

Maka, formula C & S saya gunakan.

Caranya mudah. Buat dua kotak. Satu kotak untuk Tidak sambung belajar. Satu kotak untuk sambung belajar. Untuk gunakan C & S ialah tanya kepada diri sendiri, "Apa yang akan berlaku sekiranya saya lakukan sekian-sekian dan sebaliknya."

Tidak Sambung Belajar:

  • Tiada hutang belajar.
  • Tidak berjumpa dengan kawan baru.
  • Tidak ada pengalaman berlajar di kolej.
  • Tidak jumpa calon isteri yang baru.
  • Dan lain-lain.

Sambung Belajar:

  • Hutang belajar.
  • Jumpa kawan baru.
  • Banyak pengalaman di kolej.
  • Jumpa banyak calon isteri yang baru.
  • Dan lain-lain.

Di atas adalah sekadar analisis kasar sahaja. Mungkin anda mempunyai pendapat yang lebih baik. Kalau ada, utarakan sahaja di ruang komentar nanti.

Sejujurnya, saya memilih untuk tidak sambung belajar. Kenapa? Sebab rugi besar. Kenapa rugi pula? Sebab berhutang.

"Alah Danial, biasiswa kan ado."

Benar. Namun, adakah selepas saya habis belajar terus dapat kerja yang bagus (Kerja yang memuaskan hati saya)? Sudah tentu tidak bukan?

Tambahan lagi, saya memang kurang pandai dalam pelajaran. Ditambah pula dengan memori negatif yang saya ada mengenai sambung belajar.

Apa dia?

Kakak saya ada master dan seorang lagi kakak ada degree. Kedua-duanya sekarang masih lagi menganggur. Itu kenyataan.

Sekarang, adakah saya perlu mengulangi sejarah yang sama? Habis belajar menganggur?

Sudah tentu tidak bukan. Bak kata orang, "Habiskan duit mak bapak ja."

Daripada habis duit mak dan ayah tidak tentu hala, lebih baik duit itu digunakan untuk besarkan bisnes saya. Sudah tentu berbaloi.

Lepas 5 tahun belajar, mungkin saya menganggur. Tetapi, lepas 5 tahun saya besarkan bisnes, mungkin pendapatan saya RM 6 angka sebulan.

Sekarang, lihat yang mana lebih untung?

Dan, sekarang orang cari pekerja baru yang ada pengalaman. Bukannya ada degree. Justeru sambung belajar adalah satu tindakan yang membazir bagi saya.

Orang lain mungkin terbaik untuknya. Bagi saya tidak dan tidak.

Kalau kita lihat orang-orang yang hebat, kebanyakan daripada mereka tidak habis belajar. Contoh yang paling terkenal ialah Albert Einstein. Selain itu, Bill Gates dan banyak lagi.

Sekarang kita berada di dunia yang sangat berbeza dengan zaman yang dahulu kala.

Sekarang, kita perlukan lebih ramai artis (Pencipta, peniaga, penerbit dan sewaktu dengannya). Bukannya pekerja yang perlu menurut perintah majikan.

Sekarang, kita sudah masuk dunia kreatif. Sekolah sekarang sudah tidak releven lagi bagi kebanyakan pelajar sekolah.

Sekolah mengajar saya untuk menghafal perkara-perkara yang kurang bermanfaat dalam hidup. Serius, baca buku sekadar untuk hafal apa yang penting bagi jawab soalan ujian. Selepas habis peperiksaan. Maka perkara yang dihafal tadi sudah tidak bernilai.

Betul-betul?

Sekolah mengajar kita untuk jadi manusia biasa (Pekerja) dan hidup seperti kebanyakan orang (Banyak masalah kewangan).

Tetapi, saya tidak salahkan sekolah 100%. Saya tetap bersyukur kerana dapat bersekolah dan berterima kasih kepada kedua ibu dan bapa ku dan Allah. Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Betul-betul?

Daripada Penulis

Dalam satu buku saya ada terbaca, "Andai manusia tidak buat kesilapan, maka tidak wujudlah dunia ini."

Allah jadikan setiap perkara ada sebab. Masalah ada hikmah di sebaliknya. Manusia buat silap supaya orang lain boleh jana pendapatan daripadanya. Mungkin dia tersilap dari kecil dengan suka makan banyak.

Dan apabila besar, malu dengan badan yang gemuk. Maka, orang lain tolong selesaikan masalahnya lalu dapat bonus (Duit).

... Ada satu petikan yang membuatkan diri saya tenang lagi ceria. Dengan izin Allah anda juga begitu.

"Manusia tidak dicipta untuk memahi kehidupan, tetapi bagi menikmatinya." ~ Santayana.

Selamat berjaya dan jumpa anda di puncak kejayaan. ^_^

Sumber gambar.


Simpan RM 1 jadi RM 1,460
Artikel sebelum ini saya syorkan anda simpan 10% sebulan.

Tetapi, andai tidak mampu simpan 10% sebulan, RM 1 sehari sudah mencukupi.

Persoalannya, apa yang akan berlaku kalau simpan RM 1 selama setahun?

Sudah tentu dalam bank kita ada RM 365 ekstra. Dan dengan wang ekstra itu kita boleh gandakan jadi RM 1,460!

Itupun kalau tahu macam mana caranya.

Nak tahu bagaimana? Baca lagi...

Pelaburan Saham

Ya, dengan pelaburan saham kita boleh jana keuntungan sehingga 300% dalam masa setahun. Tetapi, kita perlu bijak melabur.

(Kembali kepada dunia realiti: Bukan setiap kali melabur saham, pasti dapat keuntungan 300%.)

Andai melabur secara sembrono umpama kita main mercun di kala hari raya. Faham-faham?

Jadi, apakah orang bijak lakukan?

Belajar daripada orang yang sudah berpengalaman dalam bidang pelaburan saham.

Siapa?

Yang saya kenal setakat ini ialah:

Kalau anda tidak ada masa berjumpa dengan mereka, boleh beli DVD Momentum Saham dan belajar daripada DVD tersebut.

DVD Momentum Saham dibuat oleh Tuan Najib Asaddok dan bersama guru beliau iaitu Tuan Abd Razak Othman.

Dalam DVD tersebut, kita akan belajar banyak perkara mengenai saham. Senang cerita, anda klik sahaja link ini: Momentum Saham untuk tahu lebih lanjut.

Daripada Penulis

... Tunggu dulu, jangan berangan-angan anda mahu melabur saham sekiranya simpan RM 1 selama setahun pun tidak boleh.

Kenapa?

Sebab melabur memerlukan disiplin yang lebih tinggi daripada menyimpan wang.

Saya sekadar tujukkan jalan bagaimana untuk gandakan wang anda. Sebenarnya, ada banyak cara lagi untuk gandakan wang kita.

Boleh dikatakan: INFINITI.

Tidak terkira caranya. Pelaburan saham adalah salah satu cara. Belum lagi cara hartanah. Dan banyak, banyak lagi.

Tetapi, apa yang penting: Jadi pakar dalam satu bidang.

Jangan suka ikut orang. Jadi diri sendiri. Ikut yang mana sesuai dan serasi dengan diri kita.

Saya doakan anda sekeluarga bebas hutang dan bebas bebanan wang.

Dan kalau tidak keberatan, mohon tekan like seketoi. Hoho.

Terima kasih.

Sumber gambar.

Bayar Kepada Diri Sendiri Dahulu
Pada suatu hari, saya terbaca dalam buku Magnet Kekayaan & Kejayaan karya agung Dr. Azizan Osman.

Dalam buku tersebut, ada tulis mengenai "Bayar Diri Sendiri Terlebih Dahulu."

Pada ketika itu, saya memang kurang faham apakah maksudnya. Sesampailah suatu ketika, saya baca dalam buku The Total Money Makeover. Barulah faham apakah maksudnya.

Definisi: Bayar Kepada Diri Sendiri

Ialah: Simpan wang untuk diri sendiri.

Itu sahaja.

Dalam ilmu kewangan yang saya pelajari. Apabila kita sudah dapat gaji, langkah yang pertama ialah simpan dahulu duit yang kita dapat.

Andai seorang usahawan, disyorkan simpan wang yang diperolehi sampai hujung bulan dan kira berapa banyak pendapatan kita. Dan dari situlah simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan dalam sebulan.

Sama juga andai anda seorang pekerja makan gaji.

Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita.

Ringkasan: Simpan 10% sebulan.

Kenapa Perlu Bayar Kepada Diri Sendiri Terlebih Dahulu?

Jawapannya terpulang kepada diri yang empunya. Asalkan menyimpan ada sebab. Sebab nak pergi melancong atau lain-lain.

Berhati-hati dengan niat di hati.

Andai niat simpan duit kerana untuk kecemasan, maka itulah yang akan berlaku. Niat baik, perkara baik berlaku dan sebaliknya. Faham-faham? :)

Tetapi... Saya Tidak Mampu Simpan 10% Sebulan

Kalau tidak mampu, mulakan simpan RM 1 sehari sudah mencukupi.

Tidak perlu tunggu "suatu hari nanti" apabila duit sudah banyak. Suatu hari nanti adalah angan-angan semata-mata. Melainkan, diri sudah kata: Pasti buat!

Andai RM 1 juga tidak mampu, 50 sen juga boleh.

Ia tidak kisah berapa banyak yang kita simpan, asalkan kita menyimpan.

"Sedikit-sedikit, lama-lama jadi banyak."

Daripada Penulis

Dalam dunia, ada 3 perkara yang semua orang mahu:
  1. Bebas kewangan (Kebebasan)
  2. Hubungan yang intim (Kebahagian)
  3. Kesihatan yang sempurna (Kecergasan)

Namun, tidak ramai yang benar-benar berjaya memperoleh kesemua 3 perkara tadi.

Jadi, mulakan dari sekarang untuk menyimpan wang anda demi sebab yang baik.

Apabila kewangan sudah kukuh, secara secara semula jadinya perkara kedua dan ketiga menjadi mudah untuk diperolehi.

Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Dan andai tidak keberatan, sebarkan artikel bernilai ini kepada rakan-rakan anda.

Terima kasih.

Sumber gambar.


Kenapa otak saya kena 'basuh' dengan bos?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi dikasihi ramai.

Petang tadi. Dalam pukul 6 begitu.

Tiba-tiba, ada orang telefon "Helo, siapa ni?"

Beliau balas, "Danial ni, kak Ija. Sekarang ada dekat mana? Kat rumah sorang-serang ke?"

Saya, "Tak delah, Danial kat rumah. Ada mak dan akak Mar."

Balas, "Akak sekarang ada kat Kopitiam ini, Danial boleh datang seorang-seorang tak? Naik basikal."

Saya, "Ok, baiklah."

Di kala itu, saya sedang buat customer database untuk bisnes blog. Nak tak nak, terpaksa save dan shut down laptop.

Bergegas ke basikal dan bawa sesampai sahaja di jalan besar. Baru perasan yang saya tengah pakai seluar jin bengkel. Tengok seluar kotor semacam.

Terpaksa saya balik rumah, tukar seluar baru.

Lalu, apa lagi. Bawa laju-laju sesampailah Kopitiam.

Di Kopitiam

Letak basikal di tempat parking motor. Kunci basikal. Ye lah. Kalau tak kunci nanti hilang, tak ke saya kena balik jalan kaki jawabnya.

Jalan ke meja makan. Order makan dan minum, maka bermulalah sesi 'basuh' otak.

Bos tanya, "Hang sebenarnya nak ilmu ke gaji?"

Saya balas, "Nak ilmu."

Bos kata balik, "Ok, sebenarnya macam ini. Kalau hang nak gaji boleh. Tapi, masalahnya sekarang hang tak reti repair kereta lagi. Kalau aku bagi sebijik kereta kat hang. Hang rasa-rasa boleh repair ke tak?

Saya terdiam sebentar. Betul juga apa yang dikatakan oleh bos saya. Maklumlah, saya baru jadi pomen. Baru nak kenal barang.

Setakat ini, saya baru tahu mengenai bagaimanan nak buka dan pasang tayar serta macam mana nak jet kereta. Itu sahaja.

Bos sambung lagi, "Jadi, buat masa sekarang ini. Belajar dulu dengan abang. Belajar macam mana nak repair kereta. Memanglah ambil masa. Dan dekat bengkel abang bagi makan dan minum. Lainlah kalau abang tak bagi makan minum, barulah hang boleh minta gaji."

Saya sekadar angguk sahaja.

Lalu, saya balas... "Yup, orang masuk U pun kena belajar 3-4 tahun baru boleh dapat gaji RM 4 angka sebulan. Tapi, itu pun belum tentu lagi senang dapat kerja ke tak."

Bila saya fikirkan balik, saya sebenarnya bertuah kerana mempunyai kakak kandung yang ada bengkel sendiri.

Perbualan kami senyap sebentar.

Lalu, saya pun makan. Makan punya makan, tak habis dibuatnya. Cakap dekat kakak, "Nak bungkus."

Kakak kata, "Kat Kopitiam mana boleh bungkus."

Baru ku tahu. Selama ini saya mana pernah makan di situ. Inilah kali pertama singgah makan dekat Kopitiam.

Kakak panggil waiter dan bayar.

Terkejut saya dibuatnya. Kenapa? Sebab makan dekat situ mahal juga harga makanannya. Kami 4 orang bersama dengan anak saudara jumlahnya nak dekat RM 50.

Bagi saya memang mahal. Tetapi, bagi orang lain yang bergaji RM 4 - 5 angka mungkin sekadar celah gigi sahaja.

Alhamdulillah. Sesi kami selesai di Kopitiam.

Terima kasih kepada anda yang sudi baca sesampai habis. Saya sangat menghargainya. Dan saya doakan anda sekeluarga semakin kaya berjaya dan bahagia selalu.

PS: Saya lupa nak ambil gambar. Insya-Allah, lain kali saya ambil gambar. Tengok rupa saya yang kacak lagi berjaya. Hehe. :D


Tahun 2014, Template Baru
Syukur alhamdulillah. Tamat sudah tahun 2013.

Banyak kenangan indah berlaku dalam hidup saya. Antaranya dapat laptop baru, berjaya memulakan bisnes sendiri dan banyak lagi.

Segala ilmu yang saya pelajari dari awal tahun sehingga tamat tahun 2013 tidak ternilai.

Baiklah.

Izinkan saya kongsikan pengalaman dari awal tahun sehingga tamat.

Bulan Januari 2013: Berjaya Menghadiri Seminar Dr. Azizan Osman

Kadang-kadang, pelik juga bagaimana saya boleh kenal Dr. Azizan Osman dengan mudan dan seterusnya pergi seminarnya yang percuma tanpa ragu-ragu.

Bila difikirkan balik, rupa-rupanya saya mula-mula kenal beliau ketika membaca Majalah Niaga edisi Khas. Ketika itulah saya baca wawanca mengenai Dr. Azizan Osman.

Punyalah seronok banyak sehinggakan saya siap print sekali. Selepas itu, bagi pinjam kepada keluarga yang lain.

Alhamdulillah, dari situ saya mula mendalami arena keusahawan internet, konvensional dan pelbagai lagi bidang seperti content marketing.

Lalu, saya membuat sedikit kajian tentang Dr. Azizan Osman. Terjumpa 50 Tips Pemasaran POWER yang dikongsikan beliau. Dan semakin lama, saya semakin percaya kepada beliau.

Sehinggalah pada suatu hari, beliau menganjurkan seminar percuma iaitu Berani 2013.

Daftar di lokasi Hotel Riverfront, Ipoh, Perak.

Sejujurnya, saya tidak cukup umur. Saya masih lagi 17 tahun. Sepatutnya 18 tahun ke atas sahaja yang layak. Kenapa 18 tahun ke atas?

Anda kena datang sendiri baru tahu. ;)

... Seminarnya berlansung di kala malam hari. Dari pukul 7 sampai 11. Walaupun sekejap sahaja. Banyak ilmu yang saya perolehi.

Antaranya formula M.E.S.T.I.

Formula kekayaan dan kejayaan.

"Barang siapa yang berjaya menggunakan formula M.E.S.T.I sebaik mungkin, nescaya hidupnya terpaksa kaya dan berjaya."

Dan di penghujung seminar, saya belajar bagaimana bermeditasi untuk membayangkan impian saya ketika itu.

Saya membayangi vila putih yang cantik lagi kemas di tepi tasik. Ketika itu sedang duduk di tepi tasik dan menulis.

Pertama kali saya mempunyai cita-cita yang luar biasa. Itu baru sedikit. Saya tidak tahu sekiranya datang seminar beliau yang berbayar. Mesti lagi dahsyat.

Tamat sudah bulan Januari 2013.

Bulan Februari Hingga Mei 2013: Mengenali Cikpuan Insyirah Azhar

Mula-mula saya kenal blog Majalah Niaga. Selepas itu, saya kenal pula Tuan Aqif Azizan. Dan saya terkesima sebentar. Oleh kerana, tidak sangka di Malaysia juga ada copywriter.

Saya ingatkan hanya di negara luar sahaja ada copywriter. Tetapi, sangkaan saya benar-benar silap. Selepas itu, terbaca satu entri mengenai 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Ditulis oleh Cikpuan Insyirah Azhar. Dan dari situlah saya pertama kalinya mengenali beliau. Beli ebook-nya.

Baca tidak sampai 10 minit, sudah berjaya khatam. Sangat ringas tetapi padat dengan isi yang bermanfaat.

Saya cuba aplikasikan 2 sahaja formulanya. Alhamdulillah memang pintu rezeki saya terbuka. Dalam entri sebelum ini saya ada menulis mengenai ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Dari akak Insyirah Azhar, saya kenal pula Dr. Joe Vitale. Kali ini, saya memang betul-betul belajar ilmu yang sangat-sangat tidak ternilai. Buku Dr. Joe Vitale yang pertama saya baca ialah Spiritual Marketing.

Ketika itu, mata saya terbuka luas. Sangat luas. Rupa-rupanya ini adalah sebab kenapa orang kaya semakin kaya dan sesetengah orang miskin semakin miskin.

Bukunya mengajar saya tentang Hukum Tarikan. Hukum yang sangat luar biasa. Ia sebenarnya sains. Tanyalah mana-mana pakar-pakar sains. Mereka pasti tahu apa itu Hukum Tarikan.

Andai kita pandai mengambil kesempatan ke atas Hukum Tarikan dengan cara yang betul. Nescaya hidup kita sentiasa bertuah, kaya dan berjaya.

Selepas itu, baca buku Attract Money Now, Give to Live dan banyak lagi buku beliau yang sangat hebat.

Bulan Februari hingga Mei adalah antara bulan yang terbaik.

Bulan Jun Hingga Disember 2013: Berjaya Memulakan Bisnes Pertama

Saya saja tulis di Faebook yang saya berjaya edit blog orang lain. Update status biasa-biasa sahaja. Tiba-tiba, ada seorang PM saya.  Rupa-rupanya Tuan Hamba Kerdil iaitu rakan lama yang banyak menbantu saya ketika susah.

... Dan dipendekkan cerita, dia nak saya edit blog beliau, blog Luharro. Edit dengan hati yang gembira sebab mengubahsuai blog adalah keghairahan saya.

Saya sangat suka edit blog. Selepas itu, saya saja kata nak upah.

Dan beliau tanya, "Berapa?"

Saya balas, "RM 30 boleh ka?"

Lalu, saya berjaya buat RM 30 pertama melalui internet. Seronok sangat ketika itu. Rasa macam baru sahaja dapat gaji RM 1,000.00. Seterusnya, saya naikkan harga servis.

Dari RM 30 ke RM 50. Selepas itu RM 70 satu blog. Sehinggalah sekarang RM 100 untuk pakej semua dalam satu.

Selepas berjaya buat bisnes, terpaksa fokus kepada SPM. (Fokus la sangat)

... Senyap seketika.

Tidak lama selepas itu, saya mula jadi Otaku. Ini semua kerana Sword Art Online. Sebuah karya yang hebat lagi menusuk kalbu.

Satu demi satu anime saya berjaya habis tonton. Allah. Banyak masa terbuang begitu sahaja.

Tetapi, saya belajar juga sedikit tentang DESIRE, definisi cinta dan banyak perkara lagi. Bagi saya, inilah proses kehidupan.

Sesampai penghujung tahun, saya kata pada diri saya, "Danial, kamu kena serius dengan masa depan kamu. Kalau main-main nanti, pasti hidup kamu susah."

Saya mula belajar jadi pomen di bengkel kakak. Belajar tentang kereta. Nampak jauh beza dengan blog. Tetapi, bagi saya ia sebenarnya hampir sama. Membaiki blog dan membaiki kereta. konsepnya lebih kurang sahaja.

Cuma online dan offline yang membezakannya.

Daripada Penulis

Cukup sekadar di sini. Sebenarnya banyak kisah-kisah inspirasi yang nak saya kongsikan. Sejujurnya, saya terlupa yang mana bermanfaat yang mana kurang bermanfaat.

Insya-Allah, pada masa akan datang. Saya kongsikan lagi kisah-kisah yang menarik. (Eh, menarik ke?)

Plan hidup saya nak bersara ketika berusia 30 tahun.

Jadi, tinggal 12 tahun lagi untuk saya bekerja keras. Dalam 12 tahun ini, saya cuba untuk bebas kewangan.

Bebas kewangan, banyak pilihan.

Andai tidak keberatan, silalah tekan like. Dan andai anda rajin, kongsikan apakah pengalaman menarik anda sepanjang tahun 2013 di ruang komenter.

Selamat tahun 2014. Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Akhirnya...

Penantian yang begitu panjang telah berakhir. Tiada lagi tekanan yang dipaksakan. Tiada lagi peraturan yang perlu dipatuhi sedangkan ia memberi pulangan yang sedikit dalam hidup ku.

Mungkin, ia sudah tertulis di dalam hidup ku. Perkara lepas biarlah jadi teladan. Maafkan yang lalu.

Fokus pada masa hadapan, FOKUS.

Selepas ini, hanya diri sendiri yang menentukan masa depan. Usaha, cara berfikir, dunia dalam dan pelbagai faktor lagi memainkan perana untuk menentukan siapa kita di masa hadapan.

Izinkan diri ku untuk meluahkan isi hati ku. Pabila berbicara melalui penulisan, ayat ku semakin menawan lagi tertawan.

Getaran adalah perasaan. Getaran termasuklah suara, muzik dan sewaktu dengannya.

Apabila getaran positif bermain berhampiran kita, nescaya yang positif kita dapat. Namun, ia juga tetap berfungsi pada getaran negatif.

Oleh sebab itu, kita amat digalakkan untuk sentiasa berubah kepada zon yang lebih baik dan lagi lebih baik.

Kenapa?

Getaran positif menggadakan perasaan positif, getaran negatif menggandakan perasaan negatif. Perasaan positif ialah rasa puas, lega, tenang, aman, tenteram, bahagia nescaya makmur.

Perasaan negatif ialah marah, benci, cemburu, dengki dan seumpannya dengannya.

Dunia ini sebelum dicipta wujud beberapa peraturan alam. Peraturan alam ini digunakan untuk menyimbangi dunia yang di namakan bumi.

Ada sesetengah orang panggil peraturan alam itu ialah hukum karma, hukum tarikan, law of harvest dan pelbagai lagi nama.

Namun, semuanya adalah ciptaan Allah yang Maha Bijaksana.

Allah tidak menciptakan sesuatu hukum itu begitu sahaja, tetapi ada hikmah disebaliknya. Oleh sebab itu, di dalam al-Quran Allah sangat menggalakkan kita menuntut ilmu agar dapat membina dunia yang lebih aman dan makmur.

Dunia ini adalah tempat kita mengumpul 'harta' untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi yakni akhirat.

Apa yang kita lakukan di dunia ini akan meninggalkan kesan di akhirat kelak.

Tidak perlu berfikir terlalu jauh, cukuplah sesampai di alam perkuburan sahaja. Bagaimanakah kita di sana nanti? Adakah kita duduk di taman atau di tempat yang penuh dengan seksaan lagi kesengsaraan.

Penyeksaan berulang-ulang kali sehingga kiamat. Ketika itu, dosa masih lagi bertimbun. Disambung lagi dalam neraka.

Bagaimanakah rasanya? Allah. Allah. Allah.

Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang dan tenteramlah hati manusia. ~ Ar-Ra'd 13:28.


Ya Allah... Kenapalah Nasib Diri Ku Sentiasa Malang?


Lagi ditanya, lagi banyak ujian yang ditimpa. Lebih malang hidup di dunia ini. Rasanya seperti hendak membunuh diri. Rasanya... tiada gunalah lagi ku hidup di dunia ini.

Kenapa Ya Allah? Kau melakukan sedemikian rupa kepada diri ku ini? Apakah salah dan dosa ku?

Sejujurnya, memang banyak. Sebab itu Allah memberi dugaan kita di dunia ini agar di akhirat kelak kita dapat merasai nikmat syurga Allah.

Allah uji sebab Allah sayang kita. Allah uji sebab Allah kasih kepada hamba-Nya. Setiap ujian ada kebijaksanaan di sebaliknya.

Ketika diri ku diuji dengan ketiadaan internet selam 4 hari. Rasa di hati memang sungguh terseksa kerana tidak tahu mahu melakukan apa. Bagaikan mayat hidup rasanya ketika itu.

Sehinggalah saya terbuka satu folder ebook. Lalu terbaca ebook Jay Abraham seorang pakar pemasaran langsung. Lantas, diri ku dapat mempelajari Strategy of Preeminence.

Sangat bernilai ilmunya. Tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan sejongkong emas.

Lantas, internet kembali seperti sedia kala. Terima kasih, terima kasih, terima kasih Allah.

Hembusan rasa lega dilepaskan. Alhamdulillah.

Hidup seseorang itu malang adalah kerana dirinya sentiasa fokus kepada perasaan negatif. Itu sahaja sebab utama kenapa nasib suka malang bertimpa-timpa.

Andai terbalikkan perasaan negatif itu menjadi positif, nescaya hidup mula berubah perlahan-lahan. Saya tahu kerana saya sudah melalui saat ini.

Dan sebab itu Allah berpesan kepada kita supaya bersangka baik sepanjang masa kerana baik menarik baik. Itulah hukum yang telah wujud sebelum wujudnya alam ini.

Hukum Allah.

Hidup Sekali Sahaja

Kita bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hidup kita, kehidupan sekeliling dan sudah tentu ke atas nasib kita sendiri mahupun keluarga.

Terlalu lama kita duduk dalam sesuatu zon membuatkan kita tersekat dan semakin mundur.

Di dalam kehidupan kita hanya dapat memilih 2 pilihan sahaja: Mundur atau maju.

Andai kita memilih untuk berdiam dan tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mengubah nasib hidup kita, nescaya yang sebenarnya kita memilih untuk hidup mundur.

Hidup adalah berlimpahan.

Tidak ramai yang faham tentang petikan ayat itu. Maksudnya, rezeki Allah itu tidak terhitung. Allah boleh bagi setiap manusia mempunyai gaji RM1 juta sehari.

Namun, hanya yang mempunyai sebab yang kuat sahaja dapat apa yang diimpikan. Siapa faham hukum sebab dan akibat tahu apa yang saya tulis.


Hidup Hanya Sementara


Memang benar, hidup menunggu mati. Tetapi, kita perlu isi masa yang ada ini dengan 'membawa bekalan bermanfaat' untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi.

Kita boleh pilih dan memilih untuk mengisi masa yang bernilai kita untuk siapa dan melakukan apa. Masa dibuang begitu sahaja sebenarnya sangat rugi.

Setiap hari, Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk berubah. Andai hari ini kita berasa kurang puas, di kala malam hari kita boleh merancang untuk hidup puas di kala hari esok.

Walaupun tidak pasti sama ada hidup atau tidak esok. Cuma, rancang sahaja. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya.

Saya bukan mereka cerita, tetapi ia adalah potongan ayat di dalam Al-Quran.

Masa untuk Memilih


Memang sukar untuk membuat keputusan untuk keluar daripada zon selesa. Memang payah. Tetapi percayalah, sekali kita pilih untuk keluar daripada zon selesa kita, Allah akan tolong kita.

Mula-mula mungkin kelihatan sukar. Lama-kelamaan secara tidak sedar kita sebenarnya sudah berubah ke arah yang lebih baik.

Saya tahu sebab saya pernah melalui proses ini.  Dahulu, saya sangat suka menyalahkan orang lain. Apabila saya tidak dapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, saya menyalahkan ibu dan bapa.

Sejujurnya, cikgu pun sudah lali dengan karangan saya yang suka menyalahkan ibu bapa. Sungguh tidak syukur saya ketika itu. Namun, berfikir sejenak, "Sampai bila saya mahu menyalahkan orang lain?"

... Dan saya memilih untuk berubah. Satu per satu bantuan yang saya dapat dari arah yang tidak disangkakan. Sentiasa ada sahaja ruang dan peluang untuk saya beubah ke arah yang lebih baik.

"Andai di dunia ini ada manusia yang sangat kejam, sudah tentu di dalam dunia ini ada manusia yang sangat baik."

Memang tidak ramai yang jumpa dengan orang yang sebegitu baik. Tetapi, golongan baik memang wujud dan saya bersyukur kerana berpeluang berkawan bersama mereka di Facebook.

Terima kasih semua. :)

Inspirasi Buah Fikiran


Mesej saya yang nak disampaikan di dalam artikel ini ialah: Mula mencipta sesuatu yang bermanfaat.

Tidak kiralah blog, artikel, lagu nasyid atau sebagainya.

Fikir tentang dunia akhirat. Di dunia hanya sementara, maka ciptalah bekalan yang sentiasa membantu kita di sana nanti.

"Bila kita kejar dunia, hanya dapat dunia. Namun bila kita kejar akhirat, kita dapat kedua-duanya."

Write in dark.

Kenapa Manusia Kaya?

Apabila ditanya kepada mana-mana orang sekalipun, pasti akan menjawab: "Ya, saya mahu kaya."

Tetapi, ada juga sesetengah orang tidak suka akan kekayaan. Adakah ia pelik? Tidak.

Dan saya adalah salah seorang yang mahu menjadi kaya. Jadi, saya kaji lebih dalam kenapa manusia kaya dan apakah perbezaan orang kaya dan orang miskin.

Kajian demi kajian saya lakukan, membaca buku tentang kekayaan dan pelbagai lagi cara yang saya usahakan untuk memahami kekayaan.

Dan akhirnya, jumpa juga jawapannya. Sudah bersedia untuk mengetahuinya?

Baca lagi...

1. Mindset


Pernah dengar hadis ini:

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." ~ Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir.

Memang tepat apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW. Hati adalah dunia dalaman. Dan jika dunia dalaman rosak, nescaya dunia luaran juga rosak.

Apa kaitan dengan mindset? Mindset dan hati adalah dunia dalaman. Dipermudahkan, andai dunia dalaman kita kaya, maka dunia luaran juga kaya.

Orang kaya dunia dalamannya kaya dan berjaya. Orang miskin dunia dalamannya miskin. Itulah perbezaan antara orang kaya dan orang miskin.

Tetapi, nak ubah mindset dan hati jadi kaya dan berjaya ambil masa sedikit. Oleh kerana persekitaran mempengaruhi mindset dan juga hati kita.

Maka, bagaimana pula untuk kita tukar persekitaran yang miskin kepada kaya dan berjaya?

Mudah sahaja: Berkawan dengan orang kaya dan berjaya.

Nak kenal pasti sama ada rakan kita itu seorang yang kaya dan berjaya atau tidak sangat mudah. Kata kepada rakan-rakan: "Bro, aku nak jadi kayalah."

Lihat apa respon rakan-rakan kita. Andai jawab: "Bagus, teruskan impian kamu. Kami semua sokong dari belakang."

Namun, jikalau rakan-rakan kita yang menjawab begini: "Nanti kalau aku kaya, aku lupa diri. Tak naklah jadi kaya."

Lantas, kita perlu tukar persekitaran yang kaya dan berjaya dengan serta merta. Tinggalkan rakan-rakan sebegitu kerana ia akan merosakkan dunia dalaman kita untuk terus jadi kaya dan berjaya.

Buka Facebook dan lihat berapa ramai rakan-rakan kita yang menulis status negatif. Selepas itu, unfriend sahaja.

Serius, unfriend sahaja. Nak buat apa hidup dengan mereka lagi?

Dr. Azizan Osman banyak kali pesan, kalau nak berubah jadi kaya dan berjaya jangan beri tahu kepada orang lain. Bila dah jadi kaya dan berjaya, barulah beri tahu nak berubah.

Oleh kerana apabila kita beri tahu yang diri sendiri nak berubah kepada rakan-rakan yang negatif, rakan-rakan akan mematahkan niat murni kita.

Tidak semestinya rakan-rakan. Ibu bapa, keluarga, kekasih hati dan sebagainya juga boleh jadi penghalang untuk kita berubah.

2 cara untuk buang halangan itu:
  • Tinggalkan mereka dengan berhijrah (Berpindah ke tempat lain yang lebih baik).
  • Bersahabat dengan orang-orang yang kaya dan berjaya.

Kesimpulannya, orang kaya mempunyai mindset abundance yakni minda yang suka memberi. Orang miskin mempunyai mindset poverty yakni minda yang suka meminta.

2. Kepercayaan


Kepercayaan juga adalah penyebab kenapa seseorang itu kaya ataupun miskin.

Tanya kepada diri kita sendiri: "Apa yang aku percaya tentang kekayaan?"

Andai kita jawab: "Kekayaan adalah bagus dan ia adalah lambang kebebasan."

Memang bagus kepercayaan yang sebegitu rupa. Saya suka dan sokong sepenuh jiwa dan raga.

Tetapi... Andai kita menjawab: "Nanti kalau aku kaya nanti, takut hidup tak bahagia."

Memang itulah yang kita dapat. Lihat sini, baca baik-baik. Apa yang kita percaya menghasilkan realiti.

Sesetengah orang sudah banyak memberi, memberi dan memberi. Dan yang peliknya, kenapa masih lagi miskin?

Oleh kerana: Dia percaya lagi banyak memberi, lagi miskin. Dalam mindanya sudah disetkan, "Kalau lagi banyak aku beri, maka lagi miskin aku jadi."

Oleh sebab itu, mempunyai kepercayaan positif tentang kekayaan adalah penting lagi fundamental.

Kadang-kadang, saya memang sedih melihat keluarga saya, rakan-rakan saya dan orang-orang sekeliling. Mereka banyak sangat berpegang teguh akan kepercayaan negatif. Dan menerimanya sebagai kenyataan.

Kenapalah mereka perlu sengara dengan kepercayaan negatif. Bebaskan minda mu. Buka mata besar-besar. Tidak perlu sibuk sangat dengan GST.

Apa yang penting perbaiki dunia dalaman kita, kewangan kita dan berfikir seperti jutawan.

"Danial, kamu cakap senanglah. Kamu pun belum kaya."

Ya, saya memang belum sampai masanya lagi untuk hidup mewah. Tetapi, saya jamin dan pasti suatu hari nanti. Bukan suatu hari, tetapi SEKARANG. Saya memang dilahirkan seorang jutawan. Kita semua sememangnya dilahirkan untuk menjadi seorang jutawan.

Dan saya sedar yang saya adalah seorang jutawan harta dan jiwa.

Sekarang, saya sedang melalui proses untuk jadi jutawan. Kita semua juga sedang mengalami prosesnya.

Tidak kiralah sama ada kita duduk di mana sekalipun. Di Hutan Amazon, Afrika dan sebagainya. Tetapi, kita memang sudah tertulis untuk jadi jutawan.

Kepercayaan yang kuat menghasilkan realiti yang pasti (muktamad). Dan kepercayaan yang sejati adalah harta yang paling mahal di dunia ini.

2 Cara untuk Menggantikan Kepercayaan Negatif Kepada Kepercayan Positif:
  • Bersangka baik sepanjang masa.
  • Jerit kepada diri sendiri pada setiap hari di kala selepas bangun dan sebelum tidur: Aku kaya dan berjaya.

Ya, jerit. Oleh kerana apabila kita cakap seperti biasa, dunia dalaman tidak terkesan dengan apa yang kita cakap. Namun, andai jerit, ia pasti menggegarkan dunia dalaman.

3. Kenapa?


Yang terakhir lagi penting.

Tanya kepada diri sendiri: Kenapa aku mahu kaya?

Tulislah seberapa banyak jawapan di atas kertas. Tulis sesampaikan kita menangis. Tulis sehinggakan kita jumpa satu jawapan yang paling tepat.

Di kala itu, dunia mula berubah serta merta. Fikiran, hati dan tindakan mula fokus pada yang satu, iaitu sebab yang tersendiri.

Jawapan saya kenapa mahu jadi kaya sangatlah mudah. Saya mahu jadi jutawan adalah kerana mahu ubah nasib keluarga jadi kaya, berjaya dan bahagia serta mahu hidup bebas.

Apabila saya bebas ia bererti saya boleh lakukan apa sahaja yang saya suka, beli apa sahaja, melancong pada bila-bila masa di mana-mana sekalipun dan bercinta dengan kekasih idaman dengan sepuas-puasnya.

Indah bukan hidup kaya dan berjaya?

Di dalam buku Think and Grow Rich, karya Napoleon Hill. Kemahuan atau dalam bahasa Inggeris disebut DESIRE adalah perkara pokok yang mengubah hidup seseorang itu dari biasa-biasa ke luar biasa hebat!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Daripada Penulis


Walau apapun, ada satu sebab yang terpenting untuk jadi kaya dan berjaya iaitu redha-Nya. Andai Allah tidak meredhai kita untuk hidup kaya dan berjaya di dunia, tiada gunanya berusaha sehinggakan nyawa-nyawa ikan.

Jadi, untuk mendapatkan redha-Nya kita mesti jaga hubungan dengan Allah.

Saya diajar dalam hubungan ada 3 perkara penting:
  • Kenal: Siapa Allah?
  • Suka: Adakah kita buat perkara yang Allah suka?
  • Percaya: Adakah kita was-was terhadap Allah?
Sebagai penutup, saya nak bagi satu potongan ayat Al-Quran:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." ~ Ar-Ra'd 13:11.

Maksudnya, kita 100% bertanggungjawab atas hidup ini.

Think Miracle. Do Miracle. Expect Miracle.

Mimpi Menjadi Realiti

"Kalaulah... aku boleh berkahwin dengan sang puteri itu."

Saya jamin kita semua pernah bermimpi mahukan sesuatu, tetapi ia terlalu mustahil bagi kita kerana apa?

Oleh kerana kita tidak yakin dengan kekuasaan Allah.

Bila saya fikirkan balik, kenapa saya perlu guna perkataan "Kalaulah..." sedangkan Allah mampu memberikan apa sahaja yang diminta oleh hamba-Nya.

Dan saya fikir sekali lagi, apa maksud perkataan 'kalau'? Dan perkataan kalau digunakan untuk apa?

Maksud 'Kalau'


Kalau = Andai = Sekiranya = Jika.

Keempat-empat perkataan di atas mempunyai maksud yang sama. Cuma sebutan sahaja berbeza.

Kenapa Kita Guna Perkataan 'Kalau'?


Kalau = Digunakan untuk sesuatu yang tidak pasti.

Sebagai contoh: "Kalau petang nanti hujan, Danial tolong angkit pakaian ya." kata Mak kepada anaknya yang jutawan.

Tetapi, kenapa kita perlu guna perkataan kalau untuk berdoa? Adakah kita tidak pasti dengan kekuasaan Allah?

Fikir balik. Take 5. Tidak perlu terburu-buru.

Lalu, saya tukar perkataan 'kalau' jadi 'apabila'.

Contoh:

Kalau aku kaya, macam-macam aku beli. Lalu saya tukar: Apabila aku kaya, macam-macam aku beli.

Kita menggunakan perkataan 'apabila', apabila kita tahu ia adalah pasti dan jamin berlaku. (Baca balik)

Jadi, apabila saya berdoa menggunakan perkataan 'apabila', saya sudah jamin saya bakal memperolehinya.

"Betul ke cara ini berkesan?", tanya anda.

Dengan izin Allah ia berkesan.

Kisah Saya Guna Cara 'Apabila'


Di kala suatu hari, hati ku berasa kuat akan sesuatu. Emosi cinta kembali segar. (Serius, dalam sejarah hidup saya, inilah kali pertama saya rasa disayangi, dikasihi dan dicintai.)

Lantas saya bermohon kepada Allah: Apabila saya pulang ke rumah, mesti ada orang masuk meminang saya.

Ia kelihatan mustahil, tetapi saya tetap yakin ia akan berlaku.

Tidak lama selepas itu, ada orang pinang saya. WOW!

Dia meminang saya melalui emel. Tetapi... Orang yang pinang saya itu hanyalah gurau. Walaupun gurau, doa saya tetap diperkenankan oleh Allah. Alhamdulillah. :)

Apa yang akan berlaku andai saya berdoa lebih spesifik? Mesti saya sekarang sudah beristeri.

Memang benar hadis ini:

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal, Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.” ~ Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra.

Daripada Penulis: Inspirasi Ketuhanan


Kita fikir Allah hebat, kita hebat. Kita fikir Allah luar biasa, kita luar biasa. Hidup berTuhan indah tak terkata.

Sebarkan kebahagia bersama orang tersayang.

Kongsikan segala kebaikan kepada keluarga mahupun masyarakat.

Sedangkan sebaik-baik insan itu adalah insan yang memberi manfaat kepada orang lain.

Kurangkan berfikir, tingkatkan usaha. Nescaya, Allah beri apa yang kita suka apabila kita lakukan apa yang Allah suka.

Segala puji bagi Allah, terima kasih atas segala-galanya.

"Dalam sehari, berapa banyak kebaikan yang telah kamu berikan kepada dunia?"

Saya Sedar Siapa Saya
Saya mungkin tidak mampu memberi 9A dalam SPM nanti.

Saya mungkin tidak dapat memberi kesenangan kepada keluarga dan kedua ibu bapa ku yang diberkati Allah dengan melanjutkan pelajaran sehingga ijazah.

Namun, saya sedar apakah kekuatan diri saya.

Saya sedar, apa yang saya kurang minat.

Siapakah saya ketika ini adalah apa yang saya fikir diri saya siapa.

Keliru?

Itu tandanya otak kita masih berfungsi lagi. Saya sedar, saya tidak mampu menulis sehebat Puan Ainon Mohd. dan mungkin suatu hari saya lebih hebat daripada beliau.

Kelas Pertama dan Kelas Hujung


Apa yang saya nampak dan berdasarkan pemerhatian saya sendiri, kelas pertama lebih cenderung untuk berfikir 5 kali ganda lebih besar berbanding dengan kelas hujung.

Kelas A lebih suka berbicara tentang luar daripada negara sendiri. Sedangkan kelas C lebih suka berbicara tentang dalam daerah.

Apa yang membezakan kelas A dan kelas C adalah tahap pemikiran mereka sendiri.

Saya sendiri sebenarnya daripada kelas C. Walaupun begitu, tahap pemikiran saya mungkin lebih besar daripada kelas A.

Bak kata seorang pakar perniagaan internet.

"Buku apa yang kita baca, itulah diri kita."

Maksudnya, andai si polan A membaca buku tentang jutawan. Maka masa depanya sudah pasti terpaksa jadi jutawan.

Andai si polan C membaca buku tentang Mangga. Maka masa depanya sudah pasti jadi artis.

Waktu yang Semakin Hampir


Dahulunya, saya mampu bersuka ria tanpa menghiraukan wang yang mencukupi atau tidak. Kini, musim sudah berubah. Saya terpaksa menjadi seorang pakar kewangan demi menyelamatkan keluarga ku.

Kini, baru berusia belasan tahun terpaksa tanggung bebanan hutang. Walaupun nilainya terlalu kecil bagi seorang jutawan.

Ia tetap hutang yang perlu dibayar.

Andai Seseorang Itu Berhutang RM10,000...


Dan terpaksa bayar dalam masa 1 bulan. Memang agak mustahil bagi diriku.

Tetapi, apa yang kita percaya, zon selesa hidup kita, keyakinan terhadap diri kita dan kita tahu bagaimana caranya untuk menjana pendapatan RM1,000 sehari.

Nescaya tiada apa yang mustahil. Niat dihati diperbetulkan dan buat kerana Allah.

Apabila hati kita kosong yakni infiniti, tiada apa yang mustahil. Pada ketika itu, kita hanya berharap kepada Allah. Bergantung kepada Allah.

Di kala saat itu, kita benar-benar rasa tiada apa yang lebih penting selain Allah. Hati hanya fokus kepada Allah.

Ketenangan mula dirasai. Degupan jantung mula disyukuri. Akhirnya, .....

Saya akan pergi tidak lama lagi.

Kosong


Saya sayang awak semua, pembaca blog Danial AR.

Saya minta maaf kepada saudara dan saudari andai selama ini saya pernah melukakan hati atau terkasar bahasa.

Saya benar-benar mohon sejuta ampun dan maaf.

Maafkan saya andai tidak dapat memuaskan hati saudara dan saudari.

Terima kasih atas segala-galanya.

Terima kasih Allah kerana sudi memberi peluang untuk aku menikmati hidup di dunia ini.

Saya adalah Seorang Penulis


Tanpa disangkakan, tanpa diketahui, tanpa diberi tahu... Secara semula jadi minat menulis semakin mekar. Menulis dari jiwa memberi ketenangan yang sejati.

Cita-cita ku ingin menjadi seorang penulis jutawan. Cita-cita ku bakal direalisasikan dengan sebenar-benarnya.

Hari demi hari. Waktu demi saat.

Berjalan dengan penuh bermakna. Setiap satu langkah dalam hidup ku, sedang menuju ke puncak kejayaan.

Berfikir secara positif, membawa kepada kejaiban yang tidak disangkakan.

Hanya perlu mula membayanginya, merasainya. Nescaya dunia ini lebih aman makmur.

Perlukah Saya Menukar Template Blogspot, Selalu?

Sesungguhnya, kita memang pernah terfikir akan soalan ini yang masih belum terjawab:

"Perlukah saya menukar template Blogspot?"

Pada pendapat saya, jawapannya ada 2:
  1. Ya, sekiranya blog kita terkena penalti oleh Google atau tiba-tiba trafik blog kita dari carian merudum. Maka menukar template baru yang lebih mesra SEO (Google) dan ringan adalah lebih baik.
  2. Tidak, sekiranya kita mahu meningkatkan alexa rank dan juga pagerank. Kenapa? Oleh kerana setiap kali kita tukar template ia akan meninggalkan kesa negatif terhadap SEO. Maka, trafik blog kita dari carian semakin kurang.

Baiklah, izinkan saya kongsikan kisah pengalaman saya sendiri tentang persoalan, "Perlukah saya menukar template Blogspot?"

Al-Kisah The4Crack, Pengalaman Hidup yang Berharga


Di kala suatu hari, saya terjumpa blog zplanet.tk (Blognya sudah tiada). Saya terpesona akan kehebatan blog itu sendiri. Dan saya berazam mahu mempunyai blog seperti itu, sebuah blog tentang warez software, seperti Sedut Software Sampai Lebam.

Maka, lahirlah blog The4Crack. Setiap kali blog Zplanet kemaskini pos terbaru, saya kopi-pasta daripadanya. Dan pada masa yang sama, saya selalu tukar template blog The4Crack. Bukan 2 kali atau 3 kali, malah berkali-kali.

Tetapi, setiap kali saya tukar template yang baru, saya secara tidak sengaja akan belajar perkara-perkara baru. Pada awalnya, memang saya kurang mahir dalam menambah atau mengubahsuai widget seperti widget related post.

Namun, lama-kelamaan saya semakin mudah untuk mengendalikannya.

Dipendekkan cerita, pada Julai 2012, saya berjaya design template Blogspot menggunakan Firebug iaitu Johny SimpleMaster. Ketika itu, hati ku memang berbunga-bunga. Maklumlah, pertama kali dapat mencipta karya sendiri.

Jadi, daripada kisah di atas, kita dapat simpulkan dengan selalu tukar template Blogspot membuatkan kita lebih mahir dalam pengubahsuaian blog.

Ia sama seperti belajar daripada kesilapan. Kali pertama tukar template memang tidak pandai lagi mengedit blog. Tetapi, kali kedua semakin mudah dan mahir sedikit. Lama-kelamaan kerja mengedit blog adalah kerja yang simpel lagi bersahaja.

Daripada Penulis


Terpulang juga pada niat diri sendiri. Niat saya pada mulanya mahu membuat blog sama seperti blog Zplanet. Dari situ, saya berusaha sehinggalah saya berjaya design template Blogspot sendiri.

Anda juga mampu mempelajarinya. Kita semua boleh melakukan seandainya mempunyai sebab yang kuat.

Fokus pada matlamat dan sentiasa bergerak maju kehadapan.

Sukses!

Kejahatan yang Semakin Lali

Apa yang sedang berlaku kepada diriku yang sebenarnya?

Melakukan kejahatan seperti perkara biasa, sedangkan itu semua adalah salah di sisi Allah. Kenapa ini boleh berlaku?

Kerana terpengaruh dengan TV. (Mungkin)

Atau kerana hati mu telah dikawal oleh nafsu?

Tidak mungkin, cuma... Ada sesuatu yang membuatkan ia jadi lali. Jawapannya merujuk kepada sikap kamu sendiri. Kamu sendiri yang memilihnya. Jangan pernah salahkan sesiapa pun.

Kamu tahu dan tahu, hanya diri sendiri menentukan apa yang terbaik atau terburuk.

Fikirkan dengan penghayatan yang penuh visual, nescaya dapat merasai maksudnya.

Tanggungjawab


Andai semua insan di dunia ini bertanggungjawab, nescaya tiada sedikit pun kekotoran yang wujud dalam dunia ini. Nescaya dunia teraman makmur. Kuasa tanggungjawab adalah hebat.

Memandang rendah akannya menyebabkan kita jadi insan yang kalah dari setiap sisi. Kalah dalam melakukan kerja yang seharusnya dilaksanakan. Namun, sikap negatif mula mengawal diri sendiri.

Pelik Tetapi Benar


Kadang-kadang, 'gedik' itu menjadi budaya yang lazim di kala masa kini. Bagi golongan itu tiada apa ditafsirkan sebagai mengada-ngada. Mereka menulis, namun menggunakan perkataan yang rendah tarafnya, lalu siapa bila mahu maju?

Kadang-kadang, terfikir juga, "Mereka ini ada maruah atau tidak?"

Penulisan mengambarkan secara tulus bagaimanakah sikap si penulis itu. Nescaya, insan asing memandang pelik lagi merendahkan negara kita.

Bangga Kepada Diri Sendiri


Adapun dia sendiri memberi nasihat tentang bersikap mulia, namun dia sendiri (mungkin) ter-riak. Sungguh pun begitu, memuliakan insan lain dapat meningkatkan imej kita bertambah autoriti.

Bayangkan, sekian insan yang blogger menyakan soalan ini, "Tuan, kenapa alexa rank blog saya tiba-tiba jatuh menjunam?" Lalu menulis artikel penyelesaian istimewa untuk beliau.

Secara tidak langsung, orang yang mengajukan soalan kepada kita tadi bertambah suka semakin setia. Nescaya beliau sendiri kongsikan aritkel penylesaian itu dengan rela hati.

Sentuhan Hati Secara Lateral


Dari hati melekat ke hati, itulah teknik paling efektif dalam sejarah bagaimana membuat pembaca mencintai penulisan kita.

Bak kata Tuan Ahmad Faizal a.k.a Encik Titan,

"Tulis dari jiwa."

Andai jiwa kita bersih, nescaya menulis dari hati semakin mudah.

Sikap adalah asas segala kejayaan.

Manusia paling berjaya memperkukuhkan tanggungjawabnya.

Golongan internet kini mengalami sindrom bahasa SMS yang merendahkan martabat.

Lalu, "Dah Nak Dekat" hari kiamat.

Fakta atau auta itu terpulang yang maha Mengetahui.

Hanya mampu berserah, hanya mampu tunduk, hanya mampu positif.

Write. In. Dark.

Kejayaan

Mengenali kejayaan adalah lebih mudah untuk membantu kita jadi insan yang berjaya.

Kini kejayaan diukur melalui berapa banyak pencapaian yang berjaya kita lakukan.

Namun, bagi saya: Lagi banyak kita memberi jasa kepada orang, lagi banyak kejayaan yang diperolehi.

Itulah kejayaan yang saya faham ketika usia baru mengenal dunia. Melihat dunia penuh makna. Ada mutu setiap persepsi. Ada nilai setiap perspektif.

Dan, kelihatan indah lagi mewah.

Mesej ku tidak banyak untuk dikatakan. Teruskan belajar, tetapi tidaklah menjadi pengawal ilmu. Tiada maknanya belajar 1000 darjah.

Tiada ertinya gaji ditetapkan oleh majikan.

Pemikiran insan niaga berbeza daripada pemikiran insan penyelesaian masalah majikan.

Kata-kata ku mungkin tidak bermakna. Setiap intinya penuh sejuta inspirasi. Mungkin dikelirukan, mungkin dilalukan begitu sahaja.

Tanpa rasa tenang.

Tanpa rasa sihat.

Tanpa rasa suka.

...

Hari ini, kita lebih bahagia dari semalam.

Hari demi hari, kita semakin dekat dengan Ilahi.

Hari demi hari, kita semakin banyak memberi jasa.

Hari demi hari, kita mampu bersatu padu, walaupun berpoligami.

Sesungguhnya, tiap-tiap perkara yang berlaku ada "permata" di dalamnya. Hanya yang kuat berzikir, dapat menggilap "permata" yang tersirat.

Pengulangan Ilmu yang Sama


Setiap satu buku yang dibaca.

Setiap satu ebook yang dibaca.

Mementingkan FOKUS kepada "Matlamat" dan "Sebab".

Dari, Why We Want You To Be Rich. The Success Principle. Focal Point. Sistem Menjemput Rezeki. Magis Sebuah Fikiran.

Walau apa sahaja buku. Menekan yang "Matlamat".

Adapun kita dicerca, diperli, dipupuk dalam diri: Menyatakan angan-angan hanyalah awan yang tidak boleh dipijak.

Sungguhpun begitu, Tony Robbins, Dr. Joe Vitale, Dr. Azizan Osman dan sesiapa sahaja insan luar biasa hidupnya: Mendesak kita mempunyai matlamat yang gergasi legasi.

Saya memang telah FOKUS: Jadi Blogger Jutawan Multi-Dermawan ketika usia 25 tahun. Dengan izin Allah, setiap satu angan-angan luar biasa kita direalisasikan.

Apabila setiap satunya sudah berjaya dicapai, maka nyatakan kesyukuran kepada Al-Azim dengan penuh nilai.

Nescaya. Setiap Insan. Pasti. Menikmati. Dunia Akhirat. Aman Makmur.

Menemui Kebahagiaan Di Setiap Detik

Ketika ini, mereka berdua sedang bercuti.

Di rumah ibu kandung si isteri. Dan ku adalah adik kandung si isteri itu.

Dan ada kalanya, ku pelik melihat mereka berdua. Senyum seketika, namun di setiap detik pasti ada.

Hanya sementara diperlukan, mereka berdua sudah tersenyum.

Hanya seketika diperlukan, mereka berdua sudah ceria.

Hanya sedetik sahaja, mereka berdua sudah kembali bahagia.

Dan yang pelik, kenapa mereka mampu bahagia walaupun dalam kesempitan ruang? Apakah rahsianya? Sehinggakan membuat insan lain cemburu seketika.

Hari demi hari, ku perhatikan mereka berdua. Sudah berbulan lamanya, ku ambil sedikit masa untuk mengenali mereka dengan lebih dalam.

Dan akhirnya... ia semudah 1 2 3 untuk menemui kebahagiaan di setiap detik.

Mengekalkan Perkara UTAMA Sebagai Yang UTAMA


Apakah maksudnya? Ia bererti sentiasa melakukan perintah Allah. Ku lihat si suaminya, tidak pernah meninggalkan solat. Ku lihat si suaminya, sentiasa solat di awal waktu. Dan bukankah solat di awal waktu itu lebih baik? Kerana Allah lebih suka.

Ditambah lagi dengan si isteri, yang sentiasa menghormati si suaminya. Apabila disuruh dengan penuh sopan supaya solat, si isteri menurut perintah dengan selesa. Si suaminya mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat. Walaupun beliau kelihatan seperti hulu.

Namun, diam-diam berisi emas permata.

Jikalau sebagai Yang UTAMA masih belum diutamakan, bagaimana Allah mahu memberi kebahagiaan kepada mereka? Sedangkan Allah adalah segala-galanya.

Permulaan yang Penuh Tertib


Di saat kali pertama ku melihat mereka berdua menjadi suami isteri yang sah lagi baru. Mereka sebelum ini menjaga adab dengan penuh tertib. Menjaga batasan dengan bakal suami, mahupun bakal isteri.

Di kala kenduri, lagu-lagu yang berunsurkan keTuhanan dimainkan. Tetap setia mengekalkan perkara UTAMA. Lalu, mereka berjaya menemui kebahgiaan di setiap detik.

Gurauan yang Tepat Lagi Melekat


Adapun penuh kesopanan dan mengekalkan perkara UTAMA sebagai Yang UTAMA. Si suami tidak pernah leka bergurau senda bersama isterinya. Tambahan lagi, gurauannya melekat di hati.

Secara spontan, ia melakat. Secara spontan, ia memberi keceriaan.

Bersama-Sama Ketika Senang (Bertimpa-timpa), Susah juga Bersama-sama


Seperti belangkas.

Di kereta, bilik air, ruang tamu, ruang dapur dan di setiap ruang. Tetap bersama-sama.

Mereka berdua, menghargai antara satu sama lain. Tidak kira susah mahupun senang. Tidak kira sesak mahupun selesa. Kebahagian mereka sentiasa dibahagikan. Hidupkan untuk memberi.

Ada juga kadang-kala, saya bergurau-senda, "Oit, sudah besar pun mahu mandi bersama-sama".

Dan dibalas pula dengan senyuman yang tertawan.

Daripada Penulis yang Berbahagia


Masih jauh lagi untuk ku berumah tangga. Cita-cita menawan puncak tertinggi gunung Everest diutamakan terlebih dahulu. Maka, barulah mencari pasangan hidup. Lalu kekal bahagia di dunia dan akhirat.

Kehebatan mereka tidaklah setanding Saidatina Khadijah serta Rasulullah S.A.W.

Namun, mereka tetap mampu mengikuti sedikit demi sedikit jalan yang benar lagi murni.

Dan, akhir kata untuk mereka berdua:

Hulu bukan sebarang hulu, hulu hulu si suami, berjiwa wajar.

Garang bukan sebarang garang, garang garang si isteri, bijak bestari.

Nescaya, dunial lebih inspirasi aman makmur.

The golden circle
Setiap hari..

Tanpa perhentian, kita teruskan hidup. Setiap hari kita tahu bagaimana untuk hidup. Bagaimana untuk makan.

Dan paling penting kita tahu bagaimana untuk bekerja demi wang, bukannya wang bekerja untuk kita.

Betul bukan?

Dan, kita sebenarnya tersasar daripada landasan kehidupan yang sepatutnya ditakdirkan menjadi jutawan.

Kamu ditakdirkan hidup kaya raya dan sekiranya kamu belum lagi menjadi jutawan, ia menunjukkan yang kamu belum lagi mendapat keadilan.

STUART WILDE
-Pengarang The Trick to Money is Having Some!

Kita tahu bagaimana untuk melakukannya dan kita tahu apa yang sedang dilakukan sekarang ini.

Pernah tak kita terfikir seketika, kenapa aku hidup di dunia ini?

Apakah tugasan aku di dunia ini? Adakah bangun pagi lalu bekerja demi wang? Sedangkan rezeki itu di tangan Allah, bukannya di tangan majikan.

Maka, cuba untuk berfikir lebih luas lagi. Lalu tonton video di bawah agar kita lebih memahami: Kenapa, bagaimana dan apa.

The Golden Circle


PS: Memang dalam bahasa Inggeris, dan andai kurang faham guna google translate untuk lebih faham ;)



Sentiasa Mulakan Dengan Kenapa


Kenapa?

Kenapa anda baca artikel ini? Sebabnya anda nak tahu apakah isi di dalam artikel ini, betul bukan?

Kenapa kita solat? Sebabnya nak murah rezeki. Atau ada sebab yang lebih kukuh? Solat mempunyai banyak manfaat dan kadang-kadang saya sendiri pun kurang percaya.

Tambahan lagi kalau solat berjemaah, lagi banyak manfaatnya.

Dan bila hendak tidur, tanya pada diri sendiri, "Kenapa aku tidur?" Sudah tentu untuk berehat. Betul.

Bila berehat, rehatlah dengan sebaik mungkin, tidur selena mungkin. Dan bila berblog, tanya pada diri sendiri, "Kenapa aku berblog?", dan berblog sedaya upaya mungkin.

Apabila 'kenapa' sudah jelas, kita akan lebih fokus dan tahu apa yang sedang dilakukan.

Kenapa saya tulis artikel ini?


... Anda tanya.

Untuk membuat anda faham tentang golden rule. Dan paling penting supaya hidup kita sentiasa fokus yang positif berbanding yang negatif.

Saya tahu kenapa kita suka fokus yang negatif berbanding yang positif. Antara sebabnya adalah mahukan keseronokan. Namun, keseronokan yang negatif tidak tidak lama berbanding yang positif.

Walaupun yang positif memerlukan pengorbanan yang banyak dan kesabaran yang tinggi, tetapi yang positif memberi kita keseronokan yang berpanjangan.

Pesan Cikpuan Insyirah Azhar dalam eBook Sistem Menjemput Rezeki,

Apa kita fokus, ia berkembang

Bila kita sengaja terfikir maksiat, lama-lama ia akan berkembang sehinggalah sanggup merialisasikannya. Mula-mula memang dalam fikiran, tetapi sebab sentiasa fokus yang negatif ia cepat berkembang. Dan lama-lama jadi kenyataan.

Oleh sebab itu penting fokus yang positif berbanding yang negatif.

Elakkan baca surat khabar, sebab berita lebih suka yang negatif. Elakkan berkawan insan yang negatif. Tidak kiralah sama ada online atau offline. Yang penting sentiasa di sisi positif.

Nescaya dunia lebih aman makmur.

PS: Sejak kebelakangan ini saya banyak menghilang sebab main game DotA. Kenapa main game DotA? Sebab saya dapat laptop baru (Acer Aspire v5) :D

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim