[Sirah] Nota: Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

Nota Sirah Pendidikan Islam Tingkatan 5 - PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

Sebuah gambar masjid di Turki.

1) Sejarah Tamadun Islam

  1. Bermula sejak terbinanya negara Islam pertama di Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w;
  2. Selepas baginda wafat penyebaran Islam diteruskan oleh Klulafa Ar-Rasyidin, Bani Umayyah dan Abbasiyah;
  3. Zaman Kerajaan Abbasiyah adalah zaman KEMUNCAK bagi kegemilangan tamadun Islam kerana mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

2) Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah

  1. Nama kerajaan diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w; Al-Abbas;
  2. Memerintah selama 500 tahun lebih; 132H/150M - 650H/1258M;
  3. Ditubuhkan secara rasminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah.

3) Struktur Kerajaan Abbasiyah

  1. Mengamalkan sistem pemerintahan secara WARISAN seperti yang diamalkan Kerajaan Bani Umaiyah;
  2. Dipimpin oleh 37 orang khalifah;
  3. Corak Pendabiran - Diadaptasi daripada sistem Kerajaan Parsi.

3.a) Sistem Pemerintahan

  1. Al-Khalifah - Ketua negara yang bertindak Pemimpin tertinggi dalam Wilayah Islam.
  2. Al-Wazir - Perdana menteri yang bertindak sebagi ketua pentadbir.
  3. Ad-Dawawin - Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan). Berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari /Setiausaha)

4) Khalifah² Abbasiyah


4.a) Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah

  1. Khalifah yang pertama;
  2. Memerintah selama 4 tahun 9 bulan(132H/750M - 136H/754M);

> Sumbangan:

  1. Mengasaskan K. Abbasiyah;
  2. Menghapuskan pemberontakan.

4.b) Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur

  1. Saudara kandung As-Saffah;
  2. Menjadi khalifah selama 22 tahun(136H/754M - 158H/775M)

> Sumbangan:

  1. Menjadi Baghdad sebagai ibu kota dan membangungkannya;
  2. Memperbaiki sistem cukai;
  3. Membuat saliran² air di kawasan pertanian;
  4. Menyediakan pasar² di tempat yang strategik.

4.c) Khalifah Harum Ar-Rasyid


  1. Khalifah yang warak dan terkenal
  2. Memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M)

> Sumbangan:

  1. Memerintah Al-Qadhi Abu Yusuf untuk menulis kitab tentang percukaian sehingga terhasilnya kita Al-Kharaj;
  2. Mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah;
  3. Menubuhkan Baitul Hikmah iaitu pusat ilmu pengetahuan;
  4. Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdangan, ilmu pengetahuan dam kebudayaan;
  5. Membina lebih banyak prasana(kemudahan awan) seperti hospital, institut pengajian dan farmasi.

4.d) Khalifah Al-Makmum

  1. Nama sebenar, Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum;
  2. Putera kepada Harun Ar-Rasyid;
  3. Menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M)

> Sumbangan:

  1. Memberi biasiswa kepada pelajar² yang berjaya;
  2. Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

5) Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abbasiyah


Faktor Dalaman

  1. Penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;
  2. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal untuk para ulama dan pendakwah;
  3. Dasar kerajaan yang menyamakan status orang dengan orang bukan arab.
  4. Kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu dan perdangan antarabangsa.

Faktor Luaran

  1. Pembukaan wilayah baru;
  2. Penggunaan bahasa Arab secara holistik;
  3. Hubungan diplomatik dengan negara² luar;
  4. Usaha para pendakwah menyebarkan Islam melalui aktiviti perdangan.

6) Kesan Positif Penyebaran Islam


AKIDAH

  1. Mengubah pegangan akidah masyarakat pada zaman tersebut;
  2. Para sarjana berjuang memurnikan akidah daripada pengaruh yang menyelewengkan;
  3. Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia;
  4. Masjid dibina di merata-rata tempat dan dijadikan tempat berdakwah, menuntut ilmu dan beribadat.

Ilmu Pengetahuan

  1. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah adalah sebagai jihad;
  2. Kerajaan Abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah agama;
  3. Ilmu yang terdapat pada masa itu ialah ilmu al-Quran, hadis, nahu, geografi, matematik, falak, perubatan, fizik dan falsafah;
  4. Umat Islam amat disegani oleh umat yang lain pada ketika itu.

Kebudayaan

  1. Umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai Islam yang sejagat;
  2. Sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam masih lagu dikekalkan;
  3. Kebudayaan juga memperngaruhi seni bina Islam pada masa itu.

Sistem Kemasyarakatan

  1. Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa serta warna kulit;
  2. Kerajaan Abbasiyah memberi peluang perkejaan kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara;
  3. Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

7) Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

  1. Mereka melihat konsep jihad dalam aspek yang lebih luas, bukan sekadar mengangkat senjata di medan perang;
  2. Mereka berusaha memajukan diri sendiri serta negara dengan menerokai pelbagai ilmu;
  3. Kejayaan ini meletakkan dunia Islam sebagai kuasa besar dunia pada zaman itu, di mana Islam menguasai hampir 2/3 dunia.


Sumber/Rujukan:

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

5 comments:

  1. As salam,

    Alhamdulillah. Membaca ringkasan kerajaan masyhur Abbasiyyah ni sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar ttg bagaimana sesebuah kerajaan yg baik harus didirikan.

    Terima kasih saudara Danial =)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam,

    Alhamdulillah juga diucapkan daripada saya dan sama-sama =D

    ReplyDelete
  3. Mengenali sejarah meningkatkan kefahaman dan keyakinan kita terhadap Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang benar apa yang dikatakan oleh Tuan. Apabila kita mula kenal Islam lebih dalam, maka lama kelamaan keyakinan kita akan bertambah kuat!

      Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen! Saya amat menghargainya :D

      Delete
  4. Bagus . Baca dekat buku teks tidak faham . Membuatkan saya tertarik untuk belajar dengan lebih lanjut

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim